Wednesday, 20 February 2013

Kisah Ketika Sakit Kepala

Pada hari selasa (19/2/2013) saya sakit kepala,jadi saya tidak hadir ke sekolah. Saya tinggal di tadika adik saya yg berhampiran dngn sekolah saya. Ketika saya berada di sana,ramai budak-budak yg bermain lalu,saya di letakkan di bilik paling hujung supaya tidak diganggu oleh budak-budak. Saya juga diberi makan pagi,tengah hari dan petang. Emak saya suruh saya membawa ubat dan minum selepas makan nasi. Saya mendengar nasihat ibu saya itu dan saya juga dibawa ke taman permainan yg berdekatan dngn tadika tersebut dan saya turut bermain bersama budak-budak di sana. Saya juga ditugaskan supaya menjaga budak-budak tersebut. Apabila saya rasa semakin pulih,saya membaca buku yg saya bawa ke tadika itu. Apabila saya ,adik saya dan emak saya pergi ke kedai makan,tiba-tiba saya rasa tidak selera untuk makan,emak saya menyuruh saya supaya cuba untuk makan,dan saya mahu cuba adik saya punya. Selera saya pun tlh kembali dan saya order me sup iaitu kegemaran saya dan kami pun pulang ke rumah dngn selamat. Keesokan harinya,say sudah tidak sakit kepala lagi dan saya hadir ke sekolah pada hari itu,dan tamatlah cerita saya di sini.



PENGAJARAN:
Ingat!jangan terlalu kuat bermain ketika hujan atau panas terik,nanti tak sihat,kan susah.

Wednesday, 13 February 2013

Pertama Kali Melihat Abah Order Sup Gear Box



Ini adalah kali pertama nampak abah saya order Sup Gear Box. Sebenarnya,abah saya tidak pernah memakan Sup Gear Box, tetapi abah saya pun terkejut, sbb saiznya amat besar. Alesha pun turut terkejut kerana Sup Gear Box itu hampir sama tinggi dngn mukanya, mama saya lagilah terkejut sbb ingat ke Sup Gear Box ini mcam gulai ayam, rupanya sup gulai kambing. Abah saya makan Sup Gear Box bersama-sama dngn roti canai.

Roti Pertama Yang Dibuat Sendiri

Ini adalah roti pertama yg saya buat sendiri dngn bantuan mama saya kelmarin.Resepi yg saya gunakan untuk membuat roti di bawah ialah :tepung gandum,yis kering,air dan sedikit gula.Tapi sayangnya,saya terlupa nak letak mentega.Jadi,roti saya itu,menjadi keras macam batu, sehinggakan saya sendiri tak dapat makan roti tersebut.Tapi saya berharap perkara yg macam ini pasti tak akan berlaku lagi.Lagipun ini roti pertama saya.

Wednesday, 14 November 2012

Pertama Kali Mengambil Gambar Bersama bersama artis



WOW
besnya ambil gambar bersama artis lagi-lagi dengan Erra Fazira pulak tu. Kalau awak semua nak tahu ini adalah kali pertama say ambil gambar dengan artis,kalau kamu semua nak tahu secara kebetulan kami semua terserempak dengan Erra Fazira dalam kedai beli belah di KL. Kalau kamu semua nak tahu di sebelah kanan         
Erra Fazira itu adalah saya sendiri. Emak saya pula di sebelah kiri Erra Fazira. Di bawah emak saya pula adalah adik saya. Tiga orang yang lain itu pula is my cousin yang berada di KL. Kami hanya menumpang rumah mereka.


Membuat Kejutan Kepada Guru Kelas Yang Baru Balik Dari Mekah

   Apa khabar semua,saya di sini hendak menceritakan tentang peristiwa ketika membuat kejutan kepada guru kelas saya yang baru balik daripada tanah suci allah iaitu mekah. 
    
   Kami membuat kejutan tersebut sebelum cuti sekolah iaitu pada 1November 2012. Satu kelas saya telah mengumpul duit untuk membeli KFC. Salah seorang daripada kawan saya yang bernama Aliff Hakeem telah memberi duit sebanyak RM100. Kesemua pelajar di dalam kelas kami amat berterima kasih kepadanya kerana telah memberi duit sebanyak itu. Kami juga telah menyediakan meja khas untuk guru kelas kami sahaja. Kami membuat guru kelas kami dengan cara metaburkan mercun yang tidak merbahaya seperti mercun pop-pop iaitu mercun bawang di hadapan pintu kelas kami. Kami semua menyorok di belakang kerusi yang telah disusun oleh kami sendiri,dan apabila kami mendengar bunyi mercun yang telah ditaburkan tersebut meletup disebabkan guru kami yang memijaknya kami semua terus berdiri sambil menyebut "SURPRISE" kepada guru kelas kami.

   Dan kami semua pun mengadakan party tersebut dengan menghidangkan makanan bermenukan KFC. Dan kami semua saling bersalam-salaman dan bermaaf-maafan kerana telah cuti sekolah yang agak lama. Dan tamatlah cerita saya di sini. 

Thursday, 18 October 2012

Kereta Mama Saya Menarik Lori

        Saya amat meminta maaf kerana dah lama tidak menulis blog ini. Hari ini saya hendak menceritakan tentang kisah kereta mama saya iaitu"kereta Kembara". Beberapa minit yang lepas kereta mama saya telah menarik sebuah lori yang saiznya lebih besar sedikit daripada kereta mama saya. Mama saya menarik lori tersebut kerana lori itu tersangkut di dalam lumpur di hadapan rumah saya ketika hari hujan. Saya amat terkejut apabila mama saya hendak menarik lori itu sendiri dengan menggunakan keratanya. "Kenapa saya terkejut?". Saya terkejut kerana kadang-kala mama saya tak pernah menarik apa-apa jenis kereta dan lori. Ini adalah kali pertama saya nampak mama saya hendak menarik lori yang lebih besar sedikit daripada kereta mama saya. Sebenarnya mama saya pun terkejut kerana dia telah berjaya untuk menarik lori tersebut. Ketika hendak menarik lori tersebut mama saya rasa amat gementar kerana dia juga tahu yang dia tidak pernah menarik apa-apa kenderaan terutamanya lori. Dan tamatlah cerita saya disini.
 

Friday, 11 May 2012

Ringkasan Koleksi Garfield Cerita-Cerita Hantu

Kelmarin selepas mama saya datang ambil saya dari sekolah kami semua pergi ke kedai buku Banggol Kota Baharu Kelantan. Mama saya membeli empat buah buku satu untuk saya, dua untuk mama saya dan satu untuk adik saya.Saya memilih buku yang bertajuk (Garfield Cerita-Cerita Hantu) ia mengandungi lima buah tajuk kecil iaitu : Lanun Tidak Berkepala, Wanita Dari Kabus,Lembaga Yang Cukup Makan, Piramid Berhantu dan Puaka Di Cermin.

Lanun Tidak Berkepala.
Cerita tersebut mengerikan saya kerana seorang lanun yang kepalanya telah di pancung tetapi dia masih dapat hidup tetapi dia sentiasa memegang kepalanya kemana sahaja dia pergi. Semua yang berjumpa dengannya akan merasa takut termasuk garfield.

Wanita Dari Kabus.
Cerita ini mengisahkan tentang wanita yang telah mati datang ke rumah jon ketika kabus yang tebal

 Lembaga Yang Cukup Makan.
Cerita ini mengisahkan tentang garfield memasuki rumah yang mengerikan pada waktu malam ketika itu dia masih lapar apabila dia pergi ke dapur rumah itu dengan tiba-tiba keluar lembaga yang cukup makan itu.

Piramid Berhantu
Cerita ini mengisahkan tentang garfield terjumpa hhantu yang mengerikan di piramid yang telah dikunjunginya.

Puaka Di Cermin
Cerita ini mengisahkan mimpi ngeri yang garfield mimpikan apabila dia melihat ke cermin.

Kepada semua pengunjung blog saya sekiranya berminat untuk mengetahui kisah selanjutnya bolehlah membeli buku garfield cerita-cerita hantu.  Buku tersebut berharga Rm 9.50 sahaja dan boleh dihabiskan dalam sehari sahaja. Selamat Membaca !