Hari ini saya hendak ceritakan tentang kata majmuk,iaitu abang kandung, abang sulung, adik bongsu, alas perut, ambil berat, anak emas, anak buah, abang saudara, adat resam, ahli sejarah, air gula, air mata, air terjun, alam sekeliling, alas meja, ambil angin, amil alih, ambil masa, ambil kira dan anak kandung. Saya telah membina ayat berdasarkan
kata majmuk di atas. Contoh-contoh ayat majmuk saya akan tulis di bawah
1. Saya tidak mempunyai
abang kandung tetapi saya adalah
abang sulung kepada adik perempuan saya.
2.
Adik bongsu saya sekarang, belajar di Tadika Bintang Khalis Ketereh.
3. Kami sekeluarga minum sambil makan kuih sebagai
alas perut.
4. Ayah saya suka meng
ambil berat tentang pelajaran yang diajar oleh guru.
5. Arif merupakan
anak emas kepada ayah dan ibunya kerana terlalu ringan tulang.
6. Pegawai syarikat tersebut membayar gaji kepada
anak buahnya.
7.
Abang saudara saya bernama Nasruddin.
8. Ramai pelancong luar negara tertarik dengan
adat resam dan budaya masyarakat Malaysia.
9. Ikmal bercita-cita hendak menjadi seorang
ahli sejarah yang terkenal suatu hari nanti.
10. Air kopi yang dibancuh oleh emak sangat manis kerana terlebih
air gula.
11. Ayah mengesat
air mata adik yang menangis kerana terjatuh dari basikal.
12. Suasana di kawasan
air terjun itu sungguh segar,nyaman dan boleh menenangkan fikiran orang.
13. Kawasan pemandangan di
alam sekeliling kelihatan sungguh indah dan cantik mata memandang.
14. Emak menggantikan
alas meja yang baru kerana telah kotor.
15. Kami sekeluarga pergi meng
ambil angin ke luar negara.
16. Cikgu Nordin meng
ambil alih tugas Cikgu Zainab kerana dia telah berpindah ke sekolah lain.
17. Aizat cuba
ambil hati Elisya kerana hendak memikat hatinya.
18. Ikhwan meng
ambil masa tiga puluh minit untuk mengambil anaknya di tadika.
19. Irwan
ambil kira tentang keselamatan jalan raya sebelum melalui jalan itu.
20.
Anak kandung Afiq bertugas sebagai ahli bomba.