Monday, 30 April 2012

Tentang Kata Majmuk

Hari ini saya hendak ceritakan tentang kata majmuk,iaitu abang kandung, abang sulung, adik bongsu, alas perut, ambil berat, anak emas, anak buah, abang saudara, adat resam, ahli sejarah, air gula, air mata, air terjun, alam sekeliling, alas meja, ambil angin, amil alih, ambil masa, ambil kira dan anak kandung. Saya telah membina ayat berdasarkan
kata majmuk di atas. Contoh-contoh ayat majmuk saya akan tulis di bawah

1. Saya tidak mempunyai abang kandung tetapi saya adalah abang sulung kepada adik perempuan saya.
2. Adik bongsu saya sekarang, belajar di Tadika Bintang Khalis Ketereh.
3. Kami sekeluarga minum sambil makan kuih sebagai alas perut.
4. Ayah saya suka mengambil berat tentang pelajaran yang diajar oleh guru.
5. Arif merupakan anak emas kepada ayah dan ibunya kerana terlalu ringan tulang.
6. Pegawai syarikat tersebut membayar gaji kepada anak buahnya.
7. Abang saudara saya bernama Nasruddin.
8. Ramai pelancong luar negara tertarik dengan adat resam dan budaya masyarakat Malaysia.
9. Ikmal bercita-cita hendak menjadi seorang ahli sejarah yang terkenal suatu hari nanti.
10. Air kopi yang dibancuh oleh emak sangat manis kerana terlebih air gula.
11. Ayah mengesat air mata adik yang menangis kerana terjatuh dari basikal.
12. Suasana di kawasan air terjun itu sungguh segar,nyaman dan boleh menenangkan fikiran orang.
13. Kawasan pemandangan di alam sekeliling kelihatan sungguh indah dan cantik mata memandang.
14. Emak menggantikan alas meja yang baru kerana telah kotor.
15. Kami sekeluarga pergi mengambil angin ke luar negara.
16. Cikgu Nordin mengambil alih tugas Cikgu Zainab kerana dia telah berpindah ke sekolah lain.
17. Aizat cuba ambil hati Elisya kerana hendak memikat hatinya.
18. Ikhwan mengambil masa tiga puluh minit untuk mengambil anaknya di tadika.
19. Irwan ambil kira tentang keselamatan jalan raya sebelum melalui jalan itu.
20. Anak kandung Afiq bertugas sebagai ahli bomba.

Wednesday, 18 April 2012

Kawan Yang Baru Balik Dari Germany

Kawan saya yang bernama Aliff Hakeem pergi ke German pada 3/3/2012. Dia pergi selama tiga hari dua malam. Dia ke sana untuk mengambil kakaknya pulang sambil bercuti di sana. Apabila dia pulang ke Kelantan dia menceritakan pengalamannya apabila berada di sana. Mereka sekeluarga bertempat di sebuah hotel yang besar. Di situlah tempat mereka berlindung dan dia beritahu saya yang apabila di hotel dia berasa amat sejuk dia memakai jaket sebanyak lima lapis. Di situ mempunyai kolam renang dia tidak sanggup untuk masuk ke dalam kolam itu kerana airnya telalu sejuk. Mereka pergi makan di restoran yang amat sedap. Apabila mereka pulang Aliff demam dan masih belum ke sekolah lagi. Apabila sudah sembuh dia datang ke sekolah sambil membawa cendera hati dari German untuk memberikan kepada cikgu yang mengajarnya dan kawannya terutama saya. Sayalah orang pertama yang mendapat cendera hati tersebut.

Friday, 6 April 2012

Kejadian Yang Tidak Sepatutnya Berlaku Di Kedai Makan

Pada pagi Sabtu 7/4/2012 saya,mama saya,adik saya dan dan maya iaitu sepupu kami pergi makan di kedai yang bersebelahan dengan polyedar.Adik saya yang berumur 5 tahun sangat aktif bermain dan di sana dia berpusing-pusing mengelilingi meja di mana tempat kami makan.Mama saya pula sibuk memujuk dan menyuap adik saya makan.Mama saya seronok kerana adik saya dapat menghabiskan satu pinggan mi goreng, keadaan ini jarang berlaku.....adik saya susah makan tak macam saya, saya apa saja yang sedap saya boleh makan kadang-kadang yang orang lain tak suka pun saya boleh habiskan saya bersyukur kepada Allah kerana saya ada selera nak makan.Kejadian yang tidak diingini adalah adik saya tidak memberi tahu dia hendak buang air kecil dengan tiba-tiba dia ter....... di dalam seluar, saya cepat-cepat memberi tahu mama yang pada masa itu sedang menelefon tuisyen saya. Muka kami merah padam dan saya tidak tahu hendak letak di mana muka saya kerana terlalu malu, orang lain memandang ke arah adik saya. Adik saya cuma meneruskan apa yang hendak dia ingini dan tidak berhenti. Saya cuma buat macam biasa dan saya buat tak tahu apa yang terjadi. Sebenarnya adik saya memakai tudung dia memang menjaga auratnya pada pagi itu biasanya dia malas nak pakai tudung dan apabila dia ter...... dalam seluar dan terkena tudungnya dan tarbusnya.Tetapi apabila menaiki ke dalam kereta dia menaiki kereta kami tanpa pakaian sebab pakaiannya telah dicuci oleh mama saya. Di dalam kereta kami bercakap pasalnya dan dia pun bercakap seorang diri supaya orang lain tidak bercakap tentangnya lagi dia pun memarahi mama saya dia ingat dia seorang saja yang boleh marah orang sebenarnya orang lain pun marah dia. Jika abah saya membaca blog ini saya pasti ayah saya terkejut.