Wednesday, 18 April 2012

Kawan Yang Baru Balik Dari Germany

Kawan saya yang bernama Aliff Hakeem pergi ke German pada 3/3/2012. Dia pergi selama tiga hari dua malam. Dia ke sana untuk mengambil kakaknya pulang sambil bercuti di sana. Apabila dia pulang ke Kelantan dia menceritakan pengalamannya apabila berada di sana. Mereka sekeluarga bertempat di sebuah hotel yang besar. Di situlah tempat mereka berlindung dan dia beritahu saya yang apabila di hotel dia berasa amat sejuk dia memakai jaket sebanyak lima lapis. Di situ mempunyai kolam renang dia tidak sanggup untuk masuk ke dalam kolam itu kerana airnya telalu sejuk. Mereka pergi makan di restoran yang amat sedap. Apabila mereka pulang Aliff demam dan masih belum ke sekolah lagi. Apabila sudah sembuh dia datang ke sekolah sambil membawa cendera hati dari German untuk memberikan kepada cikgu yang mengajarnya dan kawannya terutama saya. Sayalah orang pertama yang mendapat cendera hati tersebut.

1 comment:

  1. InsyaALLAH tahun depan keluarga kita pergi melancong ke luar negara...itu pun kalau Amir rajin buat homework dan membaca buku sekolah. Happy Birthday!

    ReplyDelete