Kelmarin selepas mama saya datang ambil saya dari sekolah kami semua pergi ke kedai buku Banggol Kota Baharu Kelantan. Mama saya membeli empat buah buku satu untuk saya, dua untuk mama saya dan satu untuk adik saya.Saya memilih buku yang bertajuk (Garfield Cerita-Cerita Hantu) ia mengandungi lima buah tajuk kecil iaitu : Lanun Tidak Berkepala, Wanita Dari Kabus,Lembaga Yang Cukup Makan, Piramid Berhantu dan Puaka Di Cermin.
Lanun Tidak Berkepala.
Cerita tersebut mengerikan saya kerana seorang lanun yang kepalanya telah di pancung tetapi dia masih dapat hidup tetapi dia sentiasa memegang kepalanya kemana sahaja dia pergi. Semua yang berjumpa dengannya akan merasa takut termasuk garfield.
Wanita Dari Kabus.
Cerita ini mengisahkan tentang wanita yang telah mati datang ke rumah jon ketika kabus yang tebal
Lembaga Yang Cukup Makan.
Cerita ini mengisahkan tentang garfield memasuki rumah yang mengerikan pada waktu malam ketika itu dia masih lapar apabila dia pergi ke dapur rumah itu dengan tiba-tiba keluar lembaga yang cukup makan itu.
Piramid Berhantu
Cerita ini mengisahkan tentang garfield terjumpa hhantu yang mengerikan di piramid yang telah dikunjunginya.
Puaka Di Cermin
Cerita ini mengisahkan mimpi ngeri yang garfield mimpikan apabila dia melihat ke cermin.
Kepada semua pengunjung blog saya sekiranya berminat untuk mengetahui kisah selanjutnya bolehlah membeli buku garfield cerita-cerita hantu. Buku tersebut berharga Rm 9.50 sahaja dan boleh dihabiskan dalam sehari sahaja. Selamat Membaca !
Friday, 11 May 2012
Monday, 7 May 2012
Sambungan Contoh Ayat Kata Majmuk Keempat
1. Pengadil bola sepak yang memakai baju warna biru laut itu berat sebelah.
2. Elisya berasa bertuah kerana dapat memegang tangan bintang filem yang bercermin mata itu.
3. Pasukan bola kerangjang Arif dapat tempat pertama dalam perlawanan luar negara.
4. Adik saya suka makan buah melaka dan bubur kacang.
5. Azmi tidak datang ke sekolah kerana mengalami penyakit buah pinggang.
6. Syukri dan isterinya pergi berbulan madu di salah sebuah hotel di Langkawi yang dipenuhi dengan hiasan
bunga raya.
7. Ikmal buruk siku kerana mengambil semula cermin matanya yang dipinjam oleh kawannya.

Friday, 4 May 2012
Sambungan Contoh Ayat Kata Majmuk Ketiga
1. Saya baru berpindah ke SK Kubang Kerian 1 pada awal tahun ini.
2. Emak menggoreng ayam goreng untuk makan tengahari bersama nasi sup.
3. Ayah membeli ayam panggang di pasar, manakala emak memasak ayam percik di rumah.
4. Emak membeli bahan masakan di pasaraya Mydin untuk menyediakan makanan petang.
5. Cerita Mr.Bean telah menjadi bahan ketawa murid-murid di sekolah.
6. Murid -murid ke perpustakaan untuk mendapatkan bahan bacaan.
7. Cikgu Zahir membawa bahan pengajaran untuk murid-murid rasa minat untuk belajar.
8. Kejadian ribut taufan kelmarin telah menjadi bahan bualan di warung Pak Samad.
9. Saya menggunakan bahasa daerah bersama kawan-kawan saya di sekolah.
10. Di dalam kelas saya ramai murid-murid menggunakan bahasa pasar.
11. Orang yang cacat pendengaran itu sedang menggunakan bahasa isyarat.
12. Allah suka kepada orang yang bersifat baik budi dan baik hati.
13. Rahim memakai baju hujan apabila hujan turun.
14. Ibu memakai baju kurung yang baru dibeli di pasaraya besar Jakel.
15. Aizat pergi melaporkan kes kecurian di balai polis manakala Amar pergi melaporkan kes kebakaran di balai bomba.
16. Bapa saudara aminah berkahwin dengan wanita berbangsa asing.
17. Adam mengalami batuk kering kerana batuk tidak henti-henti.
18. Emak memasukkan bawang merah dan bawang putih ke dalam gulai dalca untuk menambahkan rasa enak.
19. Ayah pergi membeli belah di pasaraya Mydin.

Wednesday, 2 May 2012
Sambungan Kata Majmuk Kedua
1. Puan Zainab dan Encik Syukri mempunyai anak tunggal yang bernama aizat.
2. Kedai batik yang terkenal itu mempunyai batik yang beraneka warna.
3. Pada petang kelmarin angin ribut telah melanda di kawasan perumahan Ikhwan ia menyebabkan beberapa buah rumah telah musnah.
4. Emak membuat satu jak asam jawa kepada tetamu di rumah. 5. Ayah terlalu manjakan Putri sehingga Putri angkat muka.
6. Cikgu Hamzah menyuruh anak murid di dalam kelasnya mengangkat tangan jika hedak menyertai pertandingan mewarna.

Tuesday, 1 May 2012
Sambungan Kata Majmuk
Pada petang ini saya sambung balik membina ayat menggunakan kata majmuk
1. Ramai bekas anak murid Cikgu Hamdan berjaya menjadi seorang doktor yang terkenal.
2. Alesha sedang bermain anak patung yang dibeli oleh ayahnya dengan gembira sekali.
3. Anak sulong Iklim sekarang belajar di luar negara.
4. Aisyam keletihan untuk ke biliknya kerana dia terpaksa menaiki 200 anak tangga di hotel lima bintang.

Subscribe to:
Posts (Atom)