Friday, 4 May 2012

Sambungan Contoh Ayat Kata Majmuk Ketiga

1. Saya baru berpindah ke SK Kubang Kerian 1 pada awal tahun ini.
2. Emak menggoreng ayam goreng untuk makan tengahari bersama nasi sup.
3. Ayah membeli ayam panggang di pasar, manakala emak memasak ayam percik di rumah.
4. Emak membeli bahan masakan di pasaraya Mydin untuk menyediakan makanan petang.
5. Cerita Mr.Bean telah menjadi bahan ketawa murid-murid di sekolah.
6. Murid -murid ke perpustakaan untuk mendapatkan bahan bacaan.
7. Cikgu Zahir membawa bahan pengajaran untuk murid-murid rasa minat untuk belajar.
8. Kejadian ribut taufan kelmarin telah menjadi bahan bualan di warung Pak Samad.
9. Saya menggunakan bahasa daerah bersama kawan-kawan saya di sekolah.
10. Di dalam kelas saya ramai murid-murid menggunakan bahasa pasar.
11. Orang yang cacat pendengaran itu sedang menggunakan bahasa isyarat.
12. Allah suka kepada orang yang bersifat baik budi dan baik hati.
13. Rahim memakai baju hujan apabila hujan turun.
14. Ibu memakai baju kurung yang baru dibeli di pasaraya besar Jakel.
15. Aizat pergi melaporkan kes kecurian di balai polis manakala Amar pergi melaporkan kes kebakaran di balai bomba.
16. Bapa saudara aminah berkahwin dengan wanita berbangsa asing.
17. Adam mengalami batuk kering kerana batuk tidak henti-henti.
18. Emak memasukkan bawang merah dan bawang putih ke dalam gulai dalca untuk menambahkan rasa enak.
19. Ayah pergi membeli belah di pasaraya Mydin.

No comments:

Post a Comment